Carian
Samsung Galaxy S25 Slim Mungkin Akan Dijual Di Malaysia
January 21, 2025 Effi Saharudin

Siri Samsung Galaxy S25 akan dilancarkan awal pagi Khamis ini. Antara model yang dipercayai akan ditawarkan ialah Samsung Galaxy S25 Slim dengan tubuh yang lebih nipis berbanding S25, S25+ dan S25 Ultra. Pagi ini beberapa maklumat tertiris menyatakan S25 Slim akan hanya ditawarkan di 39 negara terpilih sahaja dan ini termasuk Malaysia menurut laporan PhoneArena.

Peranti ini walau bagaimanapun tidak akan memasuki pasaran Amerika Syarikat. Langkah yang agak aneh kerana biasanya Amerika akan menjadi pasaran utama Samsung. S25 Slim dipercayai mempunyai tubuh hanya setebal 5.5mm berbanding 8.2mm pada model S25 Ultra. Selain itu ia akan turut dilengkapi cip Snapragon 8 Elite for Galaxy serta sistem kamera yang lebih baik berbanding S25 dan S25+.

Senarai lengkap 39 negara yang dikatakan akan menerima S25 Slim adalah seperti di bawah.

  1. Afghanistan
  2. Afrika Selatan
  3. Arab Saudi
  4. Australia
  5. Austria
  6. Brazil
  7. Croatia
  8. Emiriah Arab Bersatu
  9. Filipina
  10. India
  11. Iraq
  12. Ireland
  13. Israel
  14. Kazakhstan
  15. Kaukasus
  16. Kenya
  17. Libya
  18. Maghribi
  19. Malaysia
  20. Mesir
  21. Mexico
  22. Nigeria
  23. Pakistan
  24. Perancis
  25. Poland
  26. Portugal
  27. Russia
  28. Serbia/Montenegro
  29. Senegal
  30. Singapura
  31. Slovenia
  32. Sri Lanka
  33. Switzerland
  34. Thailand
  35. Tunisia
  36. Turkiye
  37. United Kingdom
  38. Uzbekistan
  39. Vietnam

Komen