Carian
Meta Dilaporkan Membayar $50K Sebulan Kepada Pempengaruh TikTok Untuk Berpindah Ke Reels
January 21, 2025 Effi Saharudin

Masa depan TikTok di Amerika Syarikat masih lagi belum jelas kerana Presiden Trump sekadar melanjutkan tarikh jualan syarikat sebanyak 75 hari sahaja lagi jika ingin terus beroperasi. Dalam situasi ini, Meta akan menangguk di air yang keruh dengan menawarkan ganjaran mewah kepada pengguna TikTok Amerika yang mempunyai jumlah pengikut tinggi untuk berpindah ke Instagram.

Menurut laporan The Information, Instagram akan menawarkan bayaran antara $10K – $50K (~RM 44K – RM224K) sebulan kepada pempengaruh TikTok untuk memuat naik video secara eksklusif di Reels. Walaupun ramai berhijrah ke Xiaohongshu minggu lalu, platform ini masih tidak membenarkan pempengaruh Amerika untuk menjana pendapatan.

Amalan membayar pempengaruh dan selebriti untuk menggunakan platform tertentu bukanlah fenomena baharu. Twitch, Spotify, Vine dan YouTube kesemuanya pernah melabur ratusan juta dolar kepada selebriti tertentu untuk menawarkan kandungan eksklusif.

Komen