Carian
S Pen Pada Samsung Galaxy S25 Ultra Tidak Menyokong Bluetooth
January 23, 2025 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S25 Ultra telah dilancarkan pagi ini dengan ia membawakan rekaan baharu yang lebih rata dan juga skrin yang dibulatkan pada bucu tidak seperti model tahun lalu. Walaupun peranti kini lebih berkuasa dengan Snapdragon 8 Elite for Galaxy, ia kehilangan satu ciri yang telah disokong sejak Galaxy Note9 iaitu sokongan bluetooth.

S Pen kini kembali seperti era awal Galaxy Note dengan ia sekadar boleh digunakan untuk melakar terus pada skrin dan juga Air Gesture. Cuma kini tiada lagi kemampuan menggunakan S Pen sebagai butang kawalan mengambil gambar dan mengubah tahap zum secara jarak jauh tanpa menyentuh skrin. Bagi pengguna S25 Ultra yang ingin menggunakan semula ciri ini, mereka perlu membeli S Pen Pro yang masih lagi mempunyai sokongan bluetooth.

Komen