Carian
Pemeriksaan Telefon Bimbit Tidak Dilakukan Secara Rambang – KPN
January 23, 2025 Amy Maizuraa

Berita berkaitan pemeriksaan telefon bimbit oleh pihak berkuasa terhadap individu disyaki memasuki episod seterusnya apabila Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain tampil memberi penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan. Ianya bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat.

Telefon Gajet

Razarudin berkata, pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu hanya akan dilakukan dalam sesuatu kes siasatan. Selain itu dilakukan berdasarkan undang-undang sedia ada seperti telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pihaknya juga tidak akan sewenang-wenangnya secara rambang melakukan pemeriksaan telefon bimbit orang ramai di tempat awam. Ini bermakna mestilah mempunyai maklumat, risikan atau syak wasangka munasabah yang menunjukkan seseorang itu melakukan kesalahan atau jenayah.

Beliau turut menegaskan bahawa pemeriksaan itu hanya akan dijalankan oleh pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas. Pada masa sama, dijalankan dengan baik serta menghormati hak setiap individu. Penjelasan ini dibuat susulan kebimbangan orang ramai terhadap isu hak individu berkaitan pemeriksaan telefon bimbit oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Komen