Carian
Reliance Mahu Membina Pusat Data AI Terbesar Di Dunia
January 24, 2025 Nazrin

Selang beberapa hari selepas OpenAI mengumumkan Stargate Project, Reliance, syarikat teknologi dan telekomunikasi terbesar di India telah mengumumkan bahawa mereka juga akan membangunkan pusat data terbesar di dunia.

Pelan syarikat tersebut ialah untuk membina sebuah pusat data AI di Jamnagar, India yang akan hadir dengan jumlah penggunaan kuasa setinggi 3.0 gigawatt. Sebagai perbandingan, pusat data AI terbesar Microsoft yang menguasakan teknologi Copilot+ mereka di Virginia, Amerika Syarikat memerlukan bekalan kuasda sebanyak 600 megawatt.

Apa yang menarik lagi mengenai pelan ini ialah walaupun ia akan hadir dengan keperluan tenaga elektrik yang sangat tinggi, Mukesh Ambani, CEO Reliance mengatakan bahawa pelan mereka ialah untuk menguasakan pusat data AI ini menggunakan bekalan tenaga lestari seperti tenaga solar, angin dan hidrogen.

Pusat Data

Ini merupakan satu langkah yang cukup berbeza berbanding Google, Amazon dan Microsoft yang mahu menggunakan tenaga nuklear untuk menguasakan pusat-pusat data mereka.

Dimana Stargate Project dikatakan akan menelan belanja sebanyak $500 bilion dalam tempoh empat tahun, projek pusat data AI Reliance ini hanya akan menelan belanja sebanyak $20-$30 bilion.

Komen