Anda Kini Boleh Menjadualkan Perkongsian Di Threads
January 24, 2025
Meta
Fahim Zahar
Bulan lepas, Meta telah menguji ciri menjadualkan perkongsian di Threads. Ciri ini memudahkan pengguna untuk menentukan masa terbaik untuk mendapatkan pencapaian dan interaksi menarik bersama pengguna lain pada perkongsian mereka. Hari ini, ciri ini telah diedarkan kepada semua.

Dalam semakan saya, ciri ini diedarkan secara berperingkat pada peranti Android, iOS dan web. Ia adalah ciri yang diberikan melalui kemas kini dari bahagian pelayan. Untuk menggunakan ciri ini, sebelum telan kongsi > tekan menu tiga titik di penjuru atas kiri > kemudian pilih Schedule > pilih tarikh dan waktu terbaik dan tekan Done.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.