Bulan Oktober tahun lepas, Xiaomi telah pun melancarkan Xiaomi 15 untuk pasaran China. Versi global dikatakan akan dilancarkan di acara MWC 2025, dengan Xiaomi 15 Ultra turut akan diperkenalkan. Baru-baru ini, imej sebenar yang dikatakan adalah peranti mercu baharu Xiaomi dengan kamera Leica terkini tertiris.

Sekali pandang, Xiaomi 15 Ultra kelihatan lebih kurang sama dengan Xiaomi 14 Ultra. Walau bagaimanapun, pada permukaan bonggol kamera yang dilihat seakan semakin besar – setiap sensor adalah besar dan disusun dengan rapat. Konfigurasi kamera dikatakan adalah 200MPO zum periskop + 50MP sensor utama + 2x 50MP sensor telefoto.
Untuk skrin, Xiaomi 15 Ultra dipercayai akan kekal dengan skrin mikro-lengkung yang memberi ilusi skrin melengkung dengan penggunaan skrin rata. Teknologi lensa dan kamera Leica baharu turut dijangka akan diperkenalkan. Sama-sama kita nantikan.