Nothing menerusi ciapan terkini di media sosial rasmi memberi bayangan bahawa terdapat produk baharu bakal dilancarkan pada Mac akan datang. Jenama itu bagaimanapun terus berteka-teki mengenai perkara tersebut namun desas-desus mengatakan ia boleh menjadi telefon pintar baharu daripada Nothing.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Nothing turut memuat naik video promosi pendek yang mempamerkan rekaan seperti susunan tiga kamera utama untuk telefon pintar. Selain itu mempunyai komponen bercahaya yang menyerupai sistem LED Glyph yang pernah digunakan pada beberapa peranti Nothing sebelum ini.
Walaupun Nothing belum mengesahkan butiran lanjut secara rasmi namun ia dijangka boleh menjadi pengenalan untuk Nothing Phone 3. Tambahan pula terdapat juga yang mengatakan bahawa Nothing Phone 3 mungkin dilancarkan pada Q1 2025. Ia juga boleh menjadi peranti mercu generasi baharu mereka dengan integrasi kecerdasan buatan generatif menyeluruh pada Nothing OS.