Tahun ini tiada peranti mercu Nothing, kerana mereka memfokuskan kepada peranti kelas pertengahan Phone (2a), Phone (2a) Plus dan juga kelas permulaan CMF Phone 1. Nothing Phone (3) iaitu peranti mercu generasi baharu mereka akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan integrasi kecerdasan buatan generatif menyeluruh pada Nothing OS.
Terbaru, telah tertiris dakwaan yang Nothing mungkin akan melancarkan tiga peranti pada tahun 2025 dan ia mungkin tiba pada pertengahan pertama tahun depan. Ia dijangkakan adalah pengganti kepada Phone (2a) iaitu Phone (3a), kemudian adalah Phone (3) dan berkemungkinan satu model lebih berkuasa Phone (3) Pro. Kita juga dapat melihat dengan jelas, Nothing yang sebelum ini unik dan menarik semakin lama mengikut strategi pesaing seperti Nothing OS 3.0 yang ada elemen iOS.
Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut Nothing dan maklumat rasmi dari mereka nanti. Adakah anda masih berminat dengan jenama Nothing atau sudah beralih ke jenama lain?