Carian
Jam
Jam Tangan Pintar Pebble Akan Dilancarkan Semula Oleh Pencipta Asal
January 28, 2025 Effi Saharudin

Pebble hadir ke dalam dunia jam tangan pintar pada tahun 2012 menerus kempen biayasama Kickstarter. Ia adalah yang terawal menujukan potensi sebuah jam tangan pintar dalam kehidupan seharian. Masalah kewangan menyebabkan syarikat ditutup pada tahun 2016 dan harta intelek dijual kepada Fitbit yang kemudiannya dijual pula kepada Google pada tahun 2021.

Semalam pencipta Pebble, Eric Migicovsky mengumumkan beliau akan menghasilkan Pebble generasi baharu dengan beberapa penambahbaikan. Pengumuman dilakukan selepas Google mengatakan kesemua harta intelek PebbleOS kini adalah perisian sumber terbuka yang boleh digunakan sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya.

Migicovsky mengatakan Pebble generasi kedua ini akan menggunakan skrin e-ink yang akan hidup sepanjang masa tetapi masih menjimatkan penggunaan bateri. Bateri juga perlu bertahan lebih lama, butang kawalan fizikal, antaramuka ringkas mudah difahami dan kemampuan boleh “digodam” oleh pengguna untuk menggunakan muka jam rekaan sendiri. Untuk menyatakan minat, pengguna boleh melawat laman rePebble hari ini.

Komen