Saham syarikat teknologi yang terlibat dengan pembangunan kecerdasan buatan (AI) di seluruh dunia terjejas semalam selepas model AI sumber terbuka DeepSeek R1 dilancarkan oleh syarikat yang berpangkalan di China. DeepSeek R1 didapati mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding beberapa model yang dibangunkan oleh OpenAI dan Meta.

Yang menggegarkan industri ialah R1 dilatih hanya selama dua bulan dengan kos sekitar $6 juta dan menggunakan GPU NVIDIA H800 yang dikurangkan kuasa bagi membolehkan ia dijual ke China oleh NVIDIA.
NVIDIA mencatatkan penurunan nilai saham -16.97% , Broadcom -17.04%, TSMC -13.3%, Alphabet -4.04% dan Microsoft -2.14%. Kejayaan China menghasilkan model AI yang berprestasi tinggi pada kos yang ribuan kali lebih rendah memberikan tamparan hebat kepada industri AI Amerika Syarikat yang menggunakan moto pemprosesan lebih berkuasa diperlukan bagi membangunkan model yang lebih baik.
Baru-baru ini sahaja OpenAI mengumumkan Stargate Projecte dengan pelaburan $500 bilion dalam masa 4 tahun untuk membangunkan pusat data AI di Amerika Syarikat. Dengan projek ini OpenAI ingin memastikan Amerika Syarikat terus menjadi peneraju teknologi AI dunia.