Peranti Vivo V50 telah pun melepasi laman SIRIM menandakan pelancarannya semakan hampir. Ia telah didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd dengan nombor model V2427 (V50) sejak 24 Januari 2025. Ia juga masih belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran buat masa ini. Jadinya belum jelas mengenai perkakasan dalaman namun timbul desas-desus mengatakan sistem kamera ZEISS masih dikekalkan pada model akan datang ini.

Untuk makluman, Vivo sedia menggunakan sistem kamera berkenaan pada dua variasi telefon pintar di bawah siri V. Ia termasuklah Vivo V30 Pro dan Vivo V40 Pro dengan fokus pada kamera terutamanya melibatkan fotografi potret. Selain itu menawarkan banyak kelebihan lain seperti rekaan dan perkakasan dalaman. Bagaimana pula dengan penawaran baharu ini? Untuk lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kemaskini daripada Vivo dari masa ke semasa.