Beberapa minggu lepas, telah kami laporkan yang pengarah terkemuka iaitu M. Night Shyamalan disaman kerana siri TV beliau di Apple TV+ didakwa telah diciplak. Individu yang menyaman beliau adalah pengarah bagi filem The Truth About Emanuel iaitu Francesca Gregorini.

Kini selepas melalui proses perbicaraan, M. Night Shyamalan dan pasukan berjaya membuktikan karya Servant bukan diciplak. Sebaliknya, beliau dan pasukan menyatakan mereka tidak tahu akan kewujudan filem The Truth About Emanuel sehingga kes ini berlaku. M. Night Shyamalan turut berkeras yang beliau tidak pernah, tidak akan dan tidak membenarkan karya luar diciplak untuk projek sendiri.
Kini selepas lima tahun sejak kes ini difailkan iaitu pada tahun 2020, M. Night Shyamalan dan Apple TV+ menang kes ini. Juri memutuskan yang filem The Truth About Emanuel mempunyai genre yang berbeza dengan Servant. Kemudian filem oleh Francesca Gregorini turut tidak ditawarkan secara meluas sama ada di pawagam atau versi digital untuk diciplak menjadi Servant.