Cari @ Amanz

Nothing Menjadualkan Pengenalan Nothing Phone (3a) Pada Awal Mac 2025

Oleh Aman

Link Copied!

Nothing kini mengeluarkan video acah baharu, mengatakan siri Nothing Phone (3a) bakal dilancarkan pada awal Mac 2025, iaitu pada 4 Mac. Pengenalan telefon baharu ini dilihat mengambil masa genap setahun sejak pengenalan Nothing Phone (2a) pada tahun lepas.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Nothing akan memperkenalkan beberapa model dibawah siri berkenaan, atau hanya akan mengehadkan kepada hanya satu model sahaja.

Pada tahun lepas, kita telah melihat penawaran Nothing ini dengan spesifikasi pertengahan, dan berharga bawah RM2,000. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Nothing Phone (3a) pada Mac kelak.


Komen ()