GoPro Hero Kini Mempunyai Pilihan Nisbah Aspek 4:3 Baharu Untuk Rakaman Video 4K
Amy Maizuraa
GoPro Hero telah diperkenalkan di Malaysia pada September 2024. Kamera aksi ini telah dinaik-taraf dengan ciri rakaman video baharu yang membolehkan pengguna merakam dalam nisbah aspek yang lebih luas. Sekali gus lebih ramai orang boleh dimuatkan ke dalam satu bingkai.

Video yang dirakam menggunakan nisbah aspek 4:3 baharu juga boleh dipangkas kepada 16:9 yang lebih sesuai untuk platform seperti YouTube. Peningkatan baharu ini tersedia secara percuma melalui aplikasi GoPro Quik pada iOS dan Android.
Untuk rekod, GoPro Hero sebelum ini hanya boleh merakam video 4K dalam nisbah aspek 16:9 sahaja. Ia juga kamera 4K paling kecil dan ringan yang pernah dihasilkan oleh GoPro. Harga jualan adalah bermula RM999 untuk kamera sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.