Carian
Threads Kini Menambah Tab Media Dan Menyokong Ciri “Tag” Pengguna Pada Imej
January 31, 2025 Fahim Zahar

Threads kini telah mempunyai lebih 320 juta pengguna aktif. Ini membuktikan semakin ramai orang ingin mencari alternatif kepada X yang sudah kehilangan identiti dan keseronokan penggunaan. Terbaru, Threads turut telah dikemaskini untuk membawa ciri lebih kurang sama di X.

Di Threads, kini terdapat tab media. Ia adalah hab setempat untuk melihat semua imej dan video yang pernah dikongsi pengguna. Ini memudahkan pengikut untuk menziarahi profil dan mencari apa imej atau video menarik yang pernah dikongsi. Bukan itu sahaja, anda turut kini boleh tag pengguna lain ketika berkongsi imej di Threads.

Selain itu, ciri markup turut diperkenalkan. Ia membolehkan pengguna melakar atau menanda pada perkongsian pengguna lain untuk berkongsi pendapat sendiri. Ciri ini walau bagaimanapun masih diedarkan secara berperingkat. Dalam semakan saya, ciri tab Media dan tag pengguna lain sahaja sedia digunakan pada aplikasi Threads Android dan iOS.

Komen