Carian
Threads Kini Mempunyai 320 Juta Pengguna Aktif Bulanan
January 30, 2025 Aman

Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan Threads menambah sekitar lebih 1 juta pengguna baharu setiap hari. Selepas mempunyai pengguna aktif sekitar 300 juta pengguna pada bulan Disember 2024 lepas, mengikut angka terbaharu yang dikongsikan Mark Zuckerberg, Threads kini mempunyai 320 juta pengguna aktif bulanan.

Ini sekaligus memperlihatkan ramai yang mencari alternatif kepada X. Selain Threads, aplikasi seperti Bluesky turut mencatatkan angka pengguna yang tinggi kebelakangan ini.

Meta sendiri sedia menambah sejumlah ciri menarik dalam memastikan Threads kekal digunakan ramai, termasuk integrasi bersama Instagram, ciri menjadualkan perkongsian, dan lain-lain. Untuk makluman juga, pada bulan Januari 2025 ini, Threads turut telah memulakan paparan pengiklanan pada platform mereka, bermuka di Amerika Syarikat dan Jepun.

Komen