Carian
Threads Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari
December 17, 2024 Aman

Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan perkhidmatan sosial terbaru mereka, Threads kini mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif bulanan, dan menariknya, perkhidmatan sosial tersebut juga mempunyai lebih 100 juta pengguna aktif harian.

Ini sekaligus memperlihatkan kali pertama angka pengguna aktif harian Threads dikongsikan, dan angka berkenaan adalah agak tinggi jikalau dibandingkan dengan pelbagai platform sosial lain.

Selain Threads, satu lagi perkhidmatan yang sedang meningkat naik kebelakangan ini adalah Bluesky yang mempunyai lebih 25 juta pengguna berdaftar, sementara Daun pula kini menghampiri 2,000 pengguna berdaftar.

Komen