Cari @ Amanz

Nothing Phone (3a) Tertiris Dengan Kamera Seakan Google Pixel 9

Link Copied!

Nampaknya, Google berjaya menjadikan rekaan bar kamera pada Pixel sebagai trend rekaan telefon pintar moden. Tahun ini, iPhone 17 Air dijangka akan menggunakan rekaan lebih kurang sama dan terbaru Nothing Phone (3a) juga sama.

Imej peranti misteri baharu yang tertiris baru-baru ini didakwa adalah untuk Nothing Phone (3a). Ia dilihat mempunyai bar kamera kecil dengan tiga kamera. Nothing nampaknya tewas dengan konsep hanya dua kamera penting untuk sebuah telefon pintar. Memandangkan pada 4 Mac nanti di MWC Barcelona 2025 siri Nothing Phone (3a) akan dilancarkan, imej yang tertiris tidak pasti model mana satu.

Terdapat khabar angin menyatakan rekaan adalah lebih kurang sama dengan Nothing Phone (2a), cuma susunan Glyph yang berbeza dan juga corak dalaman di sebalik panel lutsinar turut akan berubah. Peranti baharu Nothing dijangka akan dijana cip Snapdragon 7s Gen 3, menggunakan skrin AMOLED 6.8-inci, kamera 50+8+50 Megapixel, dan menjalankan Nothing OS 3.1.


Komen ()