Carian
Anda Kelak Boleh Akses iPhone Atau Peranti Android Terus Di Menu Start Windows 11
January 31, 2025 Fahim Zahar

Hari demi hari, Microsoft terus membangunkan Phone Link untuk menjadikan penggunaan lebih mudah dan ringkas. Kini tidak kira peranti Android kini boleh menikmati penggunaan seakan iPhone dengan macOS bersama Windows 11. Terbaru, kaedah baharu yang pada hemat saya lebih menarik sedang diuji.

Khusus untuk pengguna Windows Insider, peranti Android atau iPhone yang telah ditambat dan disambungkan pada peranti Windows 11 melalui Phone Link boleh mengakses peranti terus pada menu Start. Padanya, pengguna boleh mengakses SMS, melakukan panggilan telefon, menghantar fail dengan pantas seakan AirDrop dan banyak lagi.

Ciri ini dikatakan sedang diuji pada Windows 11 Insider Preview Build 4805 dalam Beta Channel dan 26120.3000 dalam Dev Channel ke atas bersama-sama dengan Phone Link versi 1.24121.30.0.

Komen