Penggunaan model DeepSeek R1 kelak akan disokong pada Copilot+ PC dengan model kecerdasan buatan (AI) China ini dilihat sebagai alternatif yang akan digunakan Apple bagi menyokong Siri di China kelak. Sungguhpun jumlah pengguna chatbot ini tinggi sehingga menjadikannya aplikasi nombor satu di App Store, Taiwan telah mengharamkan penjawat awam daripada menggunakannya atas sebab-sebab keselamatan

Kementerian Hal Ehwal Digital Taiwan mengatakan penjawat awam dan kemudahan infrastruktur kritikal tidak seharusnya menggunakan DeepSeek kerana wujud penghantaran rentas sempadan dan kebocoran maklumat yang boleh membahayakan keselamatan maklumat negara. Data pengguna DeepSeek menerusi aplikasi dihantar ke pelayar yang terletak di China.
Ini adalah penyebab mengapa Microsoft akan menyokong DeepSeek R1 pada Copilot+ PC yang membolehkan ia dijalankan terus daripada komputer tanpa sambungan internet. Data tidak akan dihantar ke pelayar sekaligus memastikan keselamatan privasi pengguna.