Cari @ Amanz

Xiaomi 15 Ultra Dijangka Diperkenalkan Pada Februari 2025

Link Copied!

Xiaomi dijangka menawarkan peranti baharu 15 Ultra pada 26 Februari 2025. Telefon berspesifikasi mercu ini turut muncul dalam satu video yang memberi gambaran tentang reka bentuk belakangnya. Selain itu dijangka dipamerkan di MWC 2025 yang semestinya menjanjikan peningkatan lebih menarik untuk pengguna.

Perubahan fizikal yang sedikit ketara menjadi tumpuan menerusi beberapa aspek yang boleh disaksikan dengan jelas. Bonggol kamera semakin besar dengan susunan sensor yang rapat dan flash berbentuk bujur. Penjenamaan LEICA yang disertakan menunjukkan sistem pengimejan pada peranti ini sekali lagi mendapat Kerjasama daripada Syarikat terkemuka berkenaan.

Masih tidak jelas mengenai konfigurasi kamera ini tetapi dijangka menggunakan sensor utama 50MP (LYT-900) dengan OIS. Selain itu timbul desas-desus bahawa sensor ultra-lebar 50MP (Samsung JN5), 50MP telefoto (Sony IMX858) dan 200MP periskop telephoto (Samsung HP9) yang melengkapi. Untuk swafoto, peranti dijangka menggunakan sensor 32MP (OmniVision OV32B).

Xiaomi 15 Ultra juga boleh menampilkan panel AMOLED LTPO 6.8-inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu dikuasai cip Snapdragon 8 Elite, memori 16 GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Ia turut boleh dilengkapi bateri 6000mAh dengan pengecasan berwayar 90W dan nirwayar 50W.


Komen ()