Tahun ini nampaknya akan ada satu lagi platform penstriman video dilancarkan. Kali ini adalah dari Fox yang menyatakan platform ini akan menawarkan pelbagai kandungan memfokuskan kepada sukan dan berita.
Menurut laporan The Verge, Fox berkongsi yang platform ini bukan pengganti kepada langganan kabel mereka. Sebaliknya adalah penawaran alternatif kepada peminat yang hanya ingin menikmati kandungan oleh Fox. Mereka menjanjikan yang platform ini akan dilancarkan pada hujung tahun 2025 dengan harga langganan yang bersesuaian dan tidak melampau.

Bagi yang tidak tahu, Fox telah pun dimiliki oleh Disney dan mempunyai platform penstriman percuma iaitu Tubi. Pelancaran platform penstriman baharu ini mungkin adalah kerana Venu iaitu platform penstriman sukan dengan kerjasama ESPN dan Warner Bros. Discovery yang gagal.