Pengguna DeepSeek Di Amerika Kelak Boleh Dikenakan Hukuman Penjara 20 Tahun
Effi Saharudin
Apakah hukuman yang perlu dikenakan sekiranya anda menggunakan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek? Jika anda di Amerika Syarikat, ia mungkin hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda sehingga $1 juta untuk orang perseorangan atau denda $100 juta untuk syarikat yang didapati bersalah menggunakan AI yang dibangunkan oleh China.
Rang undang-undang (RUU) mengenakan hukuman berat ini telah dicadangkan senator daripada parti Republikan Josh Hawley baru-baru ini. Menurut beliau, RUU dicadangkan supaya warga Amerika Syarikat tidak membantu memajukan keupayaan AI Republik Rakyat China.

Walaupun model AI buatan China seperti DeepSeek belum diharamkan penggunaannya, penganalisa sekuriti di Amerika Syarikat telahpun memberi amaran data pengguna dihantar kepada pelayar yang terletak di China. Minggu ini kita melihat Australia dan Taiwan mengharamkan penggunaan DeepSeek pada peranti milik kerajaan dan juga penjawat awam disebabkan oleh risiko keselamatan.
Perang teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat dua minggu lalu selepas DeepSeek R1 dilancarkan secara sumber terbuka. Kemampuannya adalah lebih tinggi berbanding model AI berbayar yang ditawarkan oleh OpenAI dan Meta sehingga menyebabkan nilai sahaja beberapa syarikat teknologi Amerika Syarikat jatuh sehingga $1 trilion.
DeepSeek dikatakan boleh melatih model AI mereka dengan kos yang jauh lebih rendah menggunakan perkakasan yang tidak mempunyai kuasa pemprosesan yang sama.
[sumber] The Independant [/sumber]