Carian
Sundar Pichai Ingin Google Search Menjadi Pembantu Peribadi Pengguna
February 5, 2025 Fahim Zahar

Kita semua tahu yang Siri, Google Gemini, Amazon Alexa dan lain-lain adalah pembantu maya atau terma yang kerap digunakan sekarang adalah pembantu digital kerana ada integrasi AI. Pembantu digital AI juga boleh membantu pengguna untuk melakukan carian, cuma tidak begitu tepat. Akan datang, Google Search turut akan dijadikan sebagai pembantu digital.

CEO Google iaitu Sundar Pichai, berkongsi yang beliau mahu akan datang Google Search turut menjadi pembantu peribadi pengguna yang menjadi wakil untuk menggunakan Internet. Search boleh melakukan carian, kajian dan kemudian terus memberi pengguna jawapan. Tidak lkupa juga yang kemampuan Gemini Deep Research, di mana AI menggunakan akses Internet untuk melakukan kajian untuk pengguna.

Disebabkan itu juga Project Astra dan Project Mariner antara projek AI yang mereka ingin cuba mempercepatkan pembangunan dan menawarkannya kepada pengguna. Astra boleh melihat dunia secara langsung dan membantu pengguna. Sementara Mariner pula adalah sistem yang membolehkan AI menggunakan laman web untuk pengguna.

Google turut sedar masih lama lagi untuk ciri carian AI, menawarkan kaedah carian pantas seakan kaedah tradisional – iaitu cari satu dapat 10 hasil untuk rujukan tambahan. Mereka juga sedar yang ramai tidak menggemari strategi ini, namun yakin kerana bertahun lamanya dalam industri carian Internet – mereka ingin menjadikan carian AI adalah perkara yang menjadi kebiasaan.

Komen