Cari @ Amanz

Thailand Memotong Bekalan Elektrik Ke Myanmar Bagi Menentang Penipuan Penyembelihan Khinzir

Link Copied!

Skim penipuan penyembelihan khinzir yang dilakukan secara atas talian bukan sahaja menyebabkan kerugian dalam bentuk wang ringgit tetapi juga nyawa individu yang terjebak dengan perdagangan manusia. Myanmar menjadi pusat penyembelihan khinzir di Asia Tenggara dan semalam Thailand mengambil langkah drastik memotong bekalan elektrik, internet dan bahan api ke wilayah yang menempatkan pusat penipuan di negara tersebut.

Kawasan yang terjejas ialah Myawaddy dan Tachileik di Myanmar. Bekalan dipotong selepas Jabatan Keselamatan Negara Thailand memberikan lampu hijau untuk ia dilakukan. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata langkah diambil bagi memastikan tiada rakyat negara menjadi mangsa jenayah penyembelihan khinzir yang dilakukan di negara jiran.

Di Malaysia kerajaan sudah melakukan pelbagai kempen kesedaran mengenai penipuan penyembelihan khinzir. Sementara itu Meta pula memadam lebih 2 juta akaun yang digunakan oleh sindiket jenayah terancang untuk mencari mangsa menggunakan platform media sosial.


Komen ()