Carian
Sonos Membuang 200 Pekerja Dalam Proses Penstrukturan Semula
February 6, 2025 Nazrin

Tidak lama selepas bekas CEO Sonos Patrick Spence meletakkan jawatan pada bulan lepas, ia telah dilaporkan bahawa Sonos akan memulakan prose membuang sekitar 200 orang pekerja.

CEO sementara Tom Conrad telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini selepas memberitahu para pekerja di syarikat tersebut, dengan mengatakan bahawa sekiranya mereka telah menerima emel tentang pemberhentian kerja, mereka akan diminta untuk berjumpa dengan pihak sumber manusia untuk berbincang tentang pakej pemberhentian kerja mereka.

Dalam pada itu, mereka yang tidak terkesan dengan pembuangan ini juga akan dihantar emel yang mengatakan bahawa mereka tidak akan diberhentikan.

Conrad mengatakan bahawa penstrukturan semula ini perlu dilakukan kerana beliau mendapati bahawa Sonos sebagai sebuah syarikat terlalu sarat dengan kancah birokrasi dimana ia semakin sukar untuk berkolaborasi dan berkongsi idea dengan satu sama lain.

Oleh kerana ini, organisasi bahagian Product mereka, termasuklah Hardware, Software, Design, Quality and Operations akan disusun semula dan tidak akan tertakluk dibawah bahagian produk supaya pembangunan teknologi dalam syarikat lebih terurus.

Dalam pada itu, projek-projek syarikat akan diselaraskan supaya mereka tidak membangunkan terlalu banyak projek, dimana beberapa daripadanya akan jadi terbengkalai. Malah, kotak TV Android mereka yang diumumkan semalam hampir menjadi salah satu daripadanya.

Sonos dilaporkan akan memberi pakej pemberhentian yang berkadar terus dengan berapa lama pekerja mereka telah bersama syarikat tersebut. Sekiranya mereka layak mendapat bonus suku pertama 2025, ia juga akan diberikan kepada mereka.

Komen