Carian
Pandang Pertama Huawei Mate XT Ultimate Design – Boleh Dilipat Tiga Kali
February 6, 2025 Amy Maizuraa

Huawei Mate XT akan ke pasaran Malaysia tetapi sebelum itu apa kata kami kongsikan pengalaman singkat untuk melihat apa sebenarnya yang ditawarkan pada peranti baharu ini. Sekiranya dua lipatan tidak mencukupi maka tiga lipatan Mate XT boleh menjadi jawapan. Ia merupakan peranti dengan skrin tri-lipat komersial pertama dunia untuk dibeli oleh orang ramai.

Huawei Mate XT Ultimate Design

Kami tidak boleh mendedahkan spesifikasi dalaman sehinggalah pelancaran rasminya di Malaysia kelak. Namun apa yang pasti anda sememangnya tidak salah baca kerana peranti bukan sahaja boleh dilipat dua. Malahan mempunyai tiga bahagian skrin apabila dibentangkan. Dengan tiga lipatan sudah tentu peranti boleh diubah daripada ukuran sebuah peranti pintar biasa menjadi tablet yang lebih besar. Dalam keadaan terbuka sepenuhnya juga skrin yang lebih besar ini mampu menyediakan pengalaman tontonan video, bermain permua dan kerja multi-tugas yang lebih baik.

Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate XT Ultimate Design

Perkara lain yang menarik perhatian pada Mate XT adalah binaan yang nipis dan ringan. Apabila dibuka sepenuhnya Mate XT sememangnya nampak nipis dengan ketebalan hanya 3.6mm. Malahan lebih nipis berbanding Honor Magic V3 setebal 4.4mm yang pernah diulas sebelum ini. Lipat sekali kelihatan seperti sebuah peranti pintar biasa. Apabila dilipat separuh boleh berfungsi seperti tablet mini dan dibuka sepenuhnya pula memberikan paparan yang luas seperti sebuah tablet besar.

Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate XT Ultimate Design

Tubuh Mate XT diperbuat daripada tiga bahagian berbeza dengan dua mekanisme engsel yang boleh dilipat ke luar dan ke dalam pada masa yang sama. Engsel terasa kukuh dengan ketegangan sekata dan boleh diletakkan pada mana-mana sudut termasuk dalam keadaan zig zag pada permukaan yang rata.

Keseluruhan peranti tampil premium dengan bingkai logam berwarna emas dan bahagian belakang kulit tiruan yang bertekstur. Sekilas pandang, kemasannya di sini seakan mengambil inspirasi daripada Huawei Mate X6 yang pernah diuji sebelum ini.

Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate X6

Dari segi keselesaan bahagian belakang yang mempunyai bonggol kamera terasa lebih berat berbanding dua bahagian skrin lain. Berat juga tidak seimbang disebabkan bonggol kamera yang besar dan timbul. Persoalan mula timbul berkaitan ketahanan peranti memandangkan skrin hadapan didapati sentiasa terdedah walaupun dalam keadaan berlipat. Sebahagian bingkai turut terdedah meskipun digunakan bersama kerangka pelindung.

Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate XT Ultimate Design
Huawei Mate XT Ultimate Design

Peranti dengan skrin tri-lipat bukanlah suatu pilihan yang bersifat baharu bahkan banyak model konsep lain telah dihasilkan. Memandangkan Mate XT sudah dijual secara komersial malahan bakal ke Malaysia menunjukkan Huawei boleh dianggap berjaya memasuki trend baharu lebih awal. Ia juga boleh menjadi sesuatu yang dapat menarik perhatian dan minat ramai untuk memahami konsepnya dengan lebih baik. Masih belum jelas mengenai harga jualan peranti yang hanya boleh dijawab selepas dilancarkan kelak.

Komen