Permainan yang paling dinantikan tahun ini pada hemat kami pastinya ialah GTA VI. Selepas 12 tahun menunggu kemunculan permainan baharu, peminat GTA akan menikmati dunia baharu tahun ini. Dalam laporan kewangan yang diterbitkan pagi ini, Take-Two mengesahkan GTA VI akan dilancarkan pada musim luruh 2025 iaitu sekitar antara bulan September hingga November depan.

Semasa treler permainan diperlihatkan tahun lalu, Rockstar Games sekadar mengatakan ia akan dilancarkan tahun 2025 tanpa tarikh muktamad. Sebagai peringatan, GTA V dilancarkan pada 17 September 2013.
Muncul kerisauan GTA VI akan mengalami kelewatan selepas pembangunnya Rockstar Games digodam pada tahun 2022 menyebabkan beberapa video permainan tertiris ke arena web. GTA VI pada ketika ini ialah permainan dengan kos pembangunan tertinggi dengan ia mencecah $2 bilion. Kos yang agak tinggi tetapi GTA V telah menjana lebih $11 bilion kepada Take-Two sejak dilancarkan dan GTA VI dipercayai akan mengikuti jejak yang sama.