Meta Akan Melancarkan 6 Peranti Boleh-Pakai Dikuasakan AI Tahun Ini
Fahim Zahar
Meta nampaknya telah menemui formula kejayaan menjual peranti fizikal melalui Meta Ray-Ban. Lebih 1 juta pasang cermin mata pintar ini telah dijual tahun lalu membuatkan Samsung juga akan melancarkan produk yang sama dengan Android XR dalam masa terdekat. Tahun ini Meta akan menggandakan usaha mereka menguasai pasaran produk boleh-pakai dikuasakan AI dengan melancarkan enam produk baharu.

Dalam memo yang ditulis oleh CTO Meta, Andrew “Boz” Bosworth mereka menyedari yang produk fizikal AI adalah lebih laris berbanding skrin pintar seperti Meta Portal. Memo ini diberikan kepada kakitangan November lalu dengan ia jelas menunjukkan hala tuju syarikat kini bukan lagi membangunkan dunia metamesta walaupun nama syarikat diubah menjadi Meta semata-mata untuk memberikan tumpuan kepadanya beberapa tahun lalu.
Salah satunya adalah kaca mata pintar dengan skrin terbina, kaca mata AI bersama Oakley dan Meta turut pernah dikhabarkan sedang mengembalikan projek jam tangan pintar yang pernah dihentikan pada tahun 2022.
Business Insider melaporkan yang Meta menggelar tahun 2025 sebagai The Year of Greatness. Meta turut akan memfokuskan kepada produk realiti gabungan dan dengan integrasi Horizon World.
[sumber] Business Insider [/sumber]