Carian
One UI 7 Berjaya Dipasang Pada Samsung Galaxy S8
February 7, 2025 Fahim Zahar

Siapa sangka, peranti mercu Samsung pada tahun 2017 iaitu Galaxy S8 berjaya dan boleh menjalankan sistem operasi baharu One UI 7 berasaskan Android 15 lengkap dengan ciri AI seperti Circle to Search, Galaxy AI dan juga Now Bar. Bayangkan Samsung Galaxy S24 pun masih menjalankan yang Beta, Galaxy S8 sudah menerimanya.

Untuk pengetahuan anda, ia bukannya kemas kini rasmi oleh Samsung. Sebaliknya adalah sejenis Custom ROM yang dibangunkan oleh pembangun bebas. ROM ini dikatakan diambil daripada peranti mercu Samsung yang menyokong One UI 7 – tetapi tidak didedahkan adakah berasaskan versi beta pada S24 atau versi stabil pada S25.

Custom ROM One UI 7 pada Galaxy S8 ini dilihat mempunyai animasi yang pantas dan lancar seakan pada peranti mercu generasi baharu. Selain itu, Now bar dilihat berfungsi dengan baik dan antaramuka serba baharu peranti Samsung juga dilihat sama. Sayang sekali, pembangun asal tidak lagi ingin meneruskan pembangunan dan fail ROM ini kini hanya wujud dan versi dimuat naik semula.

Jika anda ingin menggunakan One UI 7 pada Galaxy S8, anda boleh mengikuti panduan di laman XDA ini. Perlu diingatkan yang, memasang custom ROM pada peranti Samsung mempunyai risiko lebih tinggi berbanding peranti Android lain. One UI 7 versi tersuai ini juga disahkan mempunyai banyak pepijat.

Komen