Setelah beberapa minggu Oppp mengacah rekaan Find N5 yang mungkin akan menjadi antara telefon skrin-lipat paling nipis dunia, imej pengolokan sebenar peranti ini akhirnya tertiris pagi ini. Ia mengesahkan peranti ini akan mempunyai ketebalan setanding telefon pintar biasa apabila dalam keadaan tertutup.

Bahagian belakang mempunyai bonggol kamera bulat yang sama seperti tahun lalu tetapi jelas ia tidak begitu tinggi. Sekilas pandang ia juga kelihatan lebih nipis jika dibandingkan dengan bonggol Find X8 Pro. Skrin luaran masih lagi mengekalkan nisbah sama seperti Find N4 yang memudahkan ia digunakan walaupun dengan sebelah tangan.

Di tengah-tengah bonggol dapat dilihat logo Hasselblad mengesahkan sistem kamera ini akan disertakan pada Find N5. Tiga warna sahaja tertiris iaitu putih, ungu dan hitam. Yang menjadi misteri pada waktu ini ialah sama ada ia akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite ataupun Dimensity 9400 seperti siri Find X8. Oppo Find N5 akan dilancarkan ke pasaran global minggu depan.