Carian
Pra-Tempahan OM System OM-3 Dibuka – Harga Bermula RM8999
February 10, 2025 Nazrin

Pada minggu lepas, OM System telah memperlihakan butiran lanjut mengenai kamera Micro-4/3 terbaru mereka, OM System OM-3 yang akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Pada minggu lepas, mereka telah memperlihatkan butiran mengenai kamera tersebut.

Ia dilengkapi sensor M4/3 sebesar 20.4 MP BSI Live MOS yang dipadankan kepada pemproses imej TruePic X. Ini membolehkannya menangkap sehingga 120 bingkai sesaat. Kemampuan rakaman video pula ialah 4K 60p.

Tubuh kamera diperbuat daripada aluminium dan melepasi piawaian kalis debu serta air IP53. Kamera juga dilengkapi EVF dengan 2.36 juta titik dan skrin 3″ LCD di bahagian belakang dengan 1.6 juta titik yang mempunyai engsel membolehkan ia dilihat dari pelbagai sudut memudahkan proses menangkap gambar serta video.

Terkini, OM-System Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk kamera ini dengan menawarkan harga untuk badan kamera sahaja, ataupun dengan set kit lens 12-45mm F4. Tanda harga untuk badan kamera sahaja ditetapkan pada RM8999, manakala tanda harga untuk set bersama lensa kit adalah pada RM10,299.

Dalam pada itu, OM System turut menawarkan tiga lensa baru yang juga boleh dibeli bersama-sama dengan kamera ini. Mereka adalah lensa OM System 17mm F1.8 II (RM2499), lensa OM System 25mm F1.8 II (RM2199) dan OM System M.Zuiko Digital ED 100-400mm F5.0 IS II (RM6999).

Sebagai promosi pra-tempahan, mereka yang menempah kamera ini akan menerima baucar lensa OM System bernilai RM500, kad SD Lexar Professional 64GB dan gelang tangan PgyTech. Kamera OM System OM-3 ini boleh dipra-tempah melalui kedai-kedai pengedar rasmi OM System.

Komen