Carian
OM System OM-3 Dilancarkan Dengan Sensor 24MP M4/3 dan Rekaan SLR Klasik
February 7, 2025 Effi Saharudin

Seperti yang telah diacah pada 24 Januari lalu, OM System OM-3 dilancarkan secara rasmi dengan ia sebuah kamera digital yang menggunakan rekaan klasik kamera SLR Olympus OM-1 yang dipadankan dengan sistem kamera OM System OM-1 Mark II yang dilancarkan awal tahun lalu.

Ia dilengkapi sensor M4/3 sebesar 20.4 MP BSI Live MOS yang dipadankan kepada pemproses imej TruePic X. Ini membolehkannya menangkap sehingga 120 bingkai sesaat. Kemampuan rakaman video pula ialah 4K 60p.

Yang menjadikan OM-3 unik ialah kewujudan butang Creative Dial di bahagian hadapan. Menerusi butang berputar ini, lapan mod gambar boleh ditukar diakses pantas. Antara yang terbina ialah mod monokrom dan tujuh lagi simulasi filem yang boleh ditetapkan sendiri oleh pemilik mengikut keperluan peribadi.

Tubuh kamera diperbuat daripada aluminium dan melepasi piawaian kalis debu serta air IP53. Kamera juga dilengkapi EVF dengan 2.36 juta titik dan skrin 3″ LCD di bahagian belakang dengan 1.6 juta titik yang mempunyai engsel membolehkan ia dilihat dari pelbagai sudut memudahkan proses menangkap gambar serta video.

OM System OM-3 dijual penghujung bulan ini pada harga $2000 (~RM 8880) hanya untuk tubuh dan $2300 (~RM 10212) dengan lensa kit M.Zuiko Digital ED 12-45mm f/4 Pro.

Komen