Carian
Samsung Menyenaraikan 61 Peranti Yang Akan Menerima One UI 7
February 10, 2025 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S25, S25+ dan S25 Ultra adalah tiga peranti yang sudahpun menggunakan One UI 7 berasaskan Android 15. Ini memberikan persoalan bilakah peranti yang telah dilancarkan oleh Samsung akan turut menerima kemas kini ke versi sistem operasi yang paling terkini. Menurut laporan GSMArena, sebanyak 61 telefon pintar yang akan menerima One UI 7.

Ini terdiri daripada telefonmercu siri Galaxy S dan Galaxy Z serta model lebih mampu milik Galaxy A. Sebelum ini Samsung mengatakan akan cuba memberikan kemas kini ke One UI 7 sebelum penghujung Q1 2025. Masih tiada maklumat mengenai model tablet Samsung yang akan menerima One UI 7 pada ketika ini.

Seperti biasa peranti mercu akan menerimanya terlebih dahulu. Peranti mercu seperti S24 dan Z Fold6 akan menerima 7 versi Android selepas peranti dilancarkan. Galaxy A16 5G dan Galaxy A16 4G pula akan menerima enam versi Android sedangkan model lain ada yang menerima 5, 4 dan 3 versi sahaja bergantung kepada tahun ia dilancarkan.

  1. Galaxy S24 Ultra
  2. Galaxy S24+
  3. Galaxy S24
  4. Galaxy S24 FE
  5. Galaxy S23 FE
  6. Galaxy S23 Ultra
  7. Galaxy S23+
  8. Galaxy S23
  9. Galaxy S22 Ultra
  10. Galaxy S22+ 5G
  11. Galaxy S22 5G
  12. Galaxy S21 FE
  13. Galaxy S21 Ultra
  14. Galaxy S21+ 5G
  15. Galaxy S21+
  16. Galaxy S21 5G
  17. Galaxy S21
  18. Galaxy Z Fold6
  19. Galaxy Z Flip6
  20. Galaxy Z Fold5
  21. Galaxy Z Flip5
  22. Galaxy Z Fold4
  23. Galaxy Z Flip4
  24. Galaxy Z Fold3
  25. Galaxy Z Flip3
  26. Galaxy A73
  27. Galaxy A72
  28. Galaxy A55
  29. Galaxy A54
  30. Galaxy A53 5G
  31. Galaxy A35
  32. Galaxy A34
  33. Galaxy A33 5G
  34. Galaxy A25
  35. Galaxy A24
  36. Galaxy A23
  37. Galaxy A16 5G
  38. Galaxy A16
  39. Galaxy A15 5G
  40. Galaxy A15
  41. Galaxy A14 5G
  42. Galaxy A14
  43. Galaxy A06
  44. Galaxy A05s
  45. Galaxy A05
  46. Galaxy M55
  47. Galaxy M54
  48. Galaxy M53
  49. Galaxy M35
  50. Galaxy M34
  51. Galaxy M33
  52. Galaxy M15
  53. Galaxy M05
  54. Galaxy M14 5G
  55. Galaxy M14
  56. Galaxy F55
  57. Galaxy F54
  58. Galaxy F34
  59. Galaxy F23
  60. Galaxy F15
  61. Galaxy F14 5G
Komen