Carian
Huawei Malaysia Akan Melancarkan Tablet MatePad Pro 13.2” Baharu Pada Bulan Ini
February 12, 2025 Amy Maizuraa

Huawei akan melancarkan tablet MatePad Pro 13.2” baharu di Malaysia pada 18 Februari ini. Ia merupakan tablet untuk produktiviti yang dikatakan mampu memudahkan kehidupan seharian terutamanya dalam kerja yang kompleks. Pada sama yang sama memberi fokus terhadap pengalaman mirip PC melalui ciri dan fungsi disertakan.

Ia termasuklah sistem penyejukan haba 3D baharu untuk memastikan tablet kekal sejuk meskipun dalam situasi yang kompleks. Ia juga boleh digunakan bersama papan kekunci magnetik dan stylus yang boleh mengubah persediaan tablet mirip seakan komputer. Masih belum jelas mengenai spesifikasi dalaman lain namun apa yang pasti binaannya nipis dengan ketebalan hanya 5.5mm. MatePad Pro 13.2″ turut akan diumumkan bersama produk menarik lain iaitu Mate XT Ultimate Design.

Komen