Google I/O 2025 Akan Berlangsung Pada 20-21 Mei Ini
Effi Saharudin
Acara Google I/O 2025 akan berlangsung pada 20 hingga 21 Mei depan. Acara tahunan ini dinantikan kerana perbagai ciri baharu pada sistem operasi Android dan juga projek rahsia Google akan diperlihatkan pertama kalinya di acara I/O.

Tahun ini Google dipercayai akan memperlihatkan peningkatan pada kemampuan pembantu maya dengan kecerdasan buatan (AI) Google Gemini dengan sistem Astra diintegrasikan sepenuhnya. Set kepala Project Moohan dan cermin mata dengan Android XR juga mungkin akan diumumkan dengan lebih terperinci selepas lebih setahun diacah bersama dengan Samsung.
Pada waktu yang sama penambahbaikan ciri pada Android juga pasti menjadi tarikan utama. Tahun ini Google ingin melancarkan versi Android 16 baharu lebih awal berbanding sebelumnya kerana tahun lalu siri Pixel 9 masih menggunakan sistem operasi lama tidak seperti kebiasaannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.