Carian
MacBook Pro Dengan Paparan OLED Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Penghujung 2026
February 12, 2025 Nazrin

ebuah laporan baru daripada The Elec yang mengatakan bahawa siri komputer riba Apple MacBook Pro akan memperlihatkan penggunaan paparan OLED untuk model yang akan dilancarkan pada penghujung 2026.

Laman web berita teknologi dari Korea Selatan tersebut mengatakan bahawa Samsung telah memulakan proses ujian prototaip untuk paparan OLED ini, dan menjangkakan bahawa ia akan siap untuk pengeluaran besar-besaran pada tahun 2026 kelak.

Laporan tersebut juga mengatakan bahawa Samsung boleh mengeluarkan sekitar tiga ke lima juta paparan OLED setahun, dan angka tersebut boleh ditingkatkan ke 10 juta sekiranya terdapat permintaan yang jauh lebih tinggi untuknya.

Apple telahpun mula menukar paparan skrin pada iPad Pro mereka dengan paparan OLED sebelum ini, dan tidak lama lagi, komputer riba MacBook Pro pula akan memperlihatkan penaiktarafan ini. Sebelum ini kami telahpun melaporkan bahawa Apple telah bertindak untuk menundakan kemaskini ini untuk komputer riba MacBook Air ke tahun 2029.

Komen