Carian
Aplikasi Daun Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu, Menambah Ciri “Bunga”
February 12, 2025 Aman

Daun, salah satu perkhidmatan sosial yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, kini telah memperkenalkan kemaskini pada antaramuka aplikasi di Android dan juga iPhone.

Antaramuka baharu hadir dengan rekaan yang lebih ringkas, menyerupai beberapa perkhidmatan sosial lain di pasaran dengan posisi menu dibawah. Disamping itu, kini ia menggunakan pembangunan berasaskan React Native, menggantikan penggunaan Flutter sebelum ini.

Bersama-sama kemaskini antaramuka ini, Daun turut menambah ciri “like” atau suka sesuatu perkongsian dengan menggunakan ikon “Bunga”. Ciri sama juga turut telah ditambah pada Daun versi web.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Daun di Google Play Store dan Apple App Store hari ini.

Komen