Samsung Galaxy F06 5G Rasmi Dengan Cip Dimensity 6300
Amy Maizuraa
Samsung Galaxy F06 kini rasmi di India sebagai telefon pintar 5G dalam julat harga mampu milik. Peranti baharu ini berkongsi sebahagian besar spesifikasi yang merupai Galaxy A06 dengan perbezaan utama pada cip pemprosesan dan reka bentuk. Galaxy F06 dilengkapi cip Mediatek Dimensity 6300 bermakna mempunyai sokongan 5G sementara itu Galaxy A06 sekadar menyokong cip Helio G85.

Rekaan juga berbeza dengan Galaxy F06 mempunyai modul kamera berbentuk bujur yang menempatkan kamera utama 50MP + 2MP. Selain itu mempunyai kamera swafoto sebesar 8MP. Skrin adalah sejenis LCD 6.7-inci HD+ berkadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 800nits. Perisian Android One UI turut digunakan dengan kemaskini OS dan sekuriti selama empat tahun. Peranti turut memuatkan bateri 5000mAh yang boleh dicas melalui pengecasan 25W. Harga jualan bermula INR9499 (~RM 488) dengan pilihan warna Bahana Blue dan Lit Purple.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.