Carian
Ciri Penterjemahan Teks Terbina WhatsApp Akan Diproses Terus Dari Peranti
February 13, 2025 Fahim Zahar

Amat mudah sekarang apabila kebanyakan ciri AI boleh digunakan terus pada peranti tanpa sebarang akses Internet. Ini kerana, ciri seperti ini memerlukan pengguna memuat turun pek fail atau pek bahasa terlebih dahulu. Selepas muat turun selesai, semua pemprosesan akan berlaku terus dari peranti. Akan datang, WhatsApp turut akan melakukan perkara yang sama.

Sejak Julai tahun lepas lagi WhatsApp dilihat menguji ciri penterjemahan terbina ini. Ia bermula dengan khabar integrasi Google Translate, bertukar kepada menggunakan teknologi tersendiri. Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai – semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.

Buat masa ini masih tidak pasti jika terjemahan adalah seakan Google Lens, di mana keseluruhan teks akan digantikan dengan bahasa baru atau seakan Samsung Galaxy AI dengan setiap bebuih perbualan akan ada barisan teks bahasa yang diterjemah. Sama-sama kita nantikan.

Komen