Carian
Arab Saudi Melabur Pada Perkhidmatan Penstriman Sukan, DAZN
February 18, 2025 Aman

Arab Saudi melalui badan pelaburan memfokuskan sukan mereka, SURJ Sports Investment kini telah melabur pada perkhidmatan penstriman sukan, DAZN. Melalui pelaburan ini, SURJ mengambil pegangan minoriti pada DAZN.

SURJ telah dibentuk di Arab Saudi pada 2023 yang lepas, dengan fokus untuk melabur pada industri sukan, termasuk pelbagai elemen dan ekosistem untuknya – melibatkan penyiaran, platform digital, program akar umbi, dan juga inisiatif melibatkan peminat dan penyokong. ini juga sebagai langkah strategi jangka masa panjang untuk mengembangkan industri sukan.

DAZN sedia ditawarkan di lebih 200 buah negara termasuk Malaysia, menawarkan akses kepada kandungan pelbagai variasi sukan melaluinya. Pelaburan ini juga akan menyaksikan penubuhan DAZN MENA yang akan memfokuskan penyiasaran sukan di Arab Saudi, selain mengukuhkan lasi Arab Saudi sebagai antara pusat pelaburan untuk industri sukan.

Jumlah pelaburan tidak dinyatakan kedua-dua pihak. Mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan sekitar $1 bilion.

Komen