Apple MacBook Air M4 diramalkan akan dilancarkan pada bulan depan menurut laporan terkini Bloomberg. Ini adalah selari dengan pengenalan MacBook Air M3 yang dilakukan Mac tahun lalu. Ramai yang menantikan model kemas kini dengan cip lebih berkuasa sejak MacBook Pro M4 dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Seperti tahun lalu, MacBook Air M4 akan ditawarkan dengan saiz skrin 13″ dan 15″ serta memori asas bermula 16GB RAM. Tiada perubahan besar dipercayai akan dilakukan pada rekaan kerana ia sudah digunakan sejak MacBook Air M2 lagi. Perubahan besar hanya dilakukan pada perisian dengan terdapat sokongan Apple Intelligence serta Siri yang dipertingkatkan.
Jadi sekiranya anda ingin membeli sebuah MacBook Air, kami sarankan pembelian ditangguh ke bulan depan kerana harga jualan model dengan cip M3 pastinya akan menerima potongan harga seperti yang telah dilakukan Apple sebelum ini.