Trae Kini Ditawarkan Untuk Windows – Perisian Pembangunan Yang Dikuasakan AI
February 18, 2025
Kecerdasan Buatan
Perisian
Aman
Trae merupakan salah satu perisian IDE yang memudahkan pembangunan perisian dan aplikasi, dikuasakan dengan sokongan AI. Pada awalnya, ia diperkenalkan untuk pengguna Mac, dan kini Trae turut ditawarkan untuk pengguna Windows.

Untuk makluman, Trae ini ditawarkan oleh Bytedance – syarikat sama yang menawarkan CapCut dan juga TikTok. Dengan integrasi kecerdasan buatan, ia mempercepatkan lagi sesuatu proses pembangunan, selain semakan terhadap kesilapan kod dan lain-lain.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Trae hari ini secara percuma, dan menggunakannya dalam pembangunan anda.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.