Carian
HP Mengambil Alih Pengeluar Humane AI Pin
February 19, 2025 Effi Saharudin

HP telah mengambil alih Humane yang merupakan syarikat yang mengeluarkan AI Pin dengan nilai $116 juta (~RM 516 juta). AI Pin yang dipasarkan sebagai peranti fizikal kecerdasan buatan (AI) gagal mencapai sasaran jualan dengan isu wujud bukan sahaja pada perisian tetapi juga pada bateri yang tidak tahan lama serta sistem projektor yang sukar digunakan di luar.

Dengan pembelian ini, HP kini memegang harta intelek platform AI Cosmos, sistem operasi cosmOS, lebih 300 paten dan kesemua kakitangan syarikat Humane. AI Pin pula akan berhenti beroperasi bermula 28 Januari 2025. Pelanggan yang membelinya boleh meminta pulangan wang sekiranya ia masih lagi dalam tempoh 90 hari sejak dibeli. Bagi yang mempunyai langganan perkhidmatan, wang juga akan dikembalikan. Kesemua proses permohonan pulangan wang perlu dilakukan sebelum 27 Februari.

Pengasas Humane Imran Chaudhri dan Bethany Bongiorno akan mengetuai bahagian baharu HP IQ yang akan mengintegrasikan teknologi Humane ke dalam produk komputer peribadi, mesin pencetak dan peralatan telesidang yang dikeluarkan oleh HP.

Komen