Carian
Xiaomi Mengacah Pelbagai Produk Lain Di MWC 2025
February 19, 2025 Amy Maizuraa

Xiaomi mengesahkan kehadirannya di MWC 2025 di Barcelona. Sama seperti tahun sebelum nampaknya telefon pintar bukanlah satu-satunya jenis produk yang akan diumumkan. Tetapi imej baharu yang dimuat naik turut mempromosikan beberapa lagi produk menarik lain. Antaranya seperti jam tangan pintar, fon telinga nirwayar, pembersih hampagas robotik dan kereta elektrik.

Tindakan Xiaomi itu tidak mengejutkan malahan sering menawarkan pilihan terkini yang menarik kepada pengguna. Kita juga akan mengetahui lebih lanjut tentang kesemua produk yang disebutkan tadi dalam acara yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 6 Mac 2025 di Fira Gran Vía di Barcelona kelak.

Komen