Generasi baharu Xiaomi 15 dijadualkan memasuki pasaran global seawal Mac akan datang. Perkara tersebut dikongsikan Xiomi di laman media sosial rasmi yang turut memberi bayangan peranti itu boleh didatangkan dalam beberapa model berbeza. Ia memandangkan Xiaomi bukan sahaja mendedahkan tarikh pelancaran malah menggunakan tanda tagar #Xiaomi15Series pada kemaskini berkenaan.

Xiaomi juga boleh melancarkan beberapa produk lain yang kebiasaannya dilakukan oleh pengeluar itu secara berulang-ulang dalam sebuah acara pelancaran produk. Pada masa yang sama memperlihatkan peranti Xiaomi 15 Ultra yang dikhabarkan mempunyai empat kamera utama termasuk sistem periskop 200MP baharu. Xiaomi 15 Ultra bagaimanapun akan dilancarkan di China terlebih dahulu penguhujung Februari ini.