Action Button iPhone 16e Boleh Akses Visual Intelligence Seakan Camera Control
Fahim Zahar
Apple telah mengumumkan iPhone model baharu sebentar tadi iaitu iPhone 16e. Ia adalah pengganti kepada siri SE dan memasuki terus keluarga iPhone. Menariknya, iPhone 16e hadir dengan rekaan lebih moden iaitu rata dan segi empat, selain turut mempunyai takuk, rekaan satu lensa yang nampak menarik serta mempunyai butang Action Button seakan iPhone 15 dan ke atas.

Untuk butang aksi ini, selain menawarkan ciri yang sama pada iPhone 15 Pro dan ke atas seperti membisukan notifikasi, mengawal lampu suluh dan lain-lain – ia turut menyokong akses kepada Visual Intelligence. Ia adalah ciri carian AI yang terbina pada butang Camera Control iPhone 16. Dengan tekan dan tahan butang ini, ciri carian AI boleh dilakukan dengan Google atau terus tanya ChatGPT.

Jelas sekali ciri ini diperkenalkan untuk iPhone yang tiada butang Camera Control untuk mengakses Visual Intelligence. Cuma, tidak pasti sama ada adakah ciri ini terhad kepada iPhone 16e sahaja atau akan dibawakan kepada iPhone 15 Pro juga. Sama-sama kita nantikan.