Siri Realme P memasuki generasi ketiga, pada masa yang sama menambah pilihan telefon pintar baharu bagi pengguna. Ia menonjol dengan rekaan yang bercahaya dalam gelap terutamanya untuk pilihan berwarna Nebula Glow. Pada masa yang sama melepasi penarafan IP66/IP68/IP69 untuk pelindungan tambahan.

Realme P3 Pro menggunakan panel AMOLED FHD+ 6.8” dengan kadar segar semula 120Hz. Kemudiannya dikuasai cip Snapdragon 7s Gen 3 bersama memori sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB. Selain itu mempunyai teknologi penyejukan terkini untuk kawalan suhu yang baik. Bateri juga besar yang mencapai 6000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Dalam masa yang sama menawarkan dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 16MP. Harga jualan P3 Pro bermula INR 13,999 (~RM 715) sebuah.