X Meningkatkan Harga Langganan X Premium+ Sekali Lagi – Kini RM177 Sebulan
February 20, 2025
Web 2.0
Aman
X baru sahaja meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium+ pada bulan Disember 2024 yang lepas. Kini, hari ini, X sekali lagi meningkatkan harga langganan untuk perkhidmatan berkenaan, dan kini berharga RM177 sebulan.

Pelan langganan X Premium+ ini menjanjikan pengalaman penggunaan X tanpa gangguan sebarang iklan, akses kepada ciri baharu, dan juga akses awal kepada Grok generasi terkini, termasuk Grok-3 yang dilancarkan pada minggu ini.
Pada harga langganan yang tinggi ini, adakah anda akan kekal melanggannya, atau memilih pelan yang lebih rendah di X?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.